Friday, August 23, 2013

Seorang Pendengar Setia

hari-hari aku harungi biasa
aku diam kelu lidah tanpa kata
aku pikir aku seorang
tanpa si dia
bernama kawan

tapi
tuduhan itu aku sangkal semula
bila mana
aku cuba tegur semula

pikir aku
tiada balas
rupanya berbalas
terkejut berbaur gembira

rindu katanya
mahu berbicara
mahu buli
aku

aku hanya ketawa
aku pon sama
rindu akan kamu

kalau bisa
aku mahu jumpa
mahu cerita
bisakah?
banyak cerita tentang diri
mahu aku kongsi

kamu;

aku
menitis air mata
kamu kesatkan
walaupun sekadar dengan kata
ya!
aku gembira

aku suka bercerita
sama kamu
aku percaya

kamu bisa jadi penasihat
terbaik dalam dunia ni
terima kasih kawan
jasa kamu
amat besar
seperti alam semesta

No comments:

Post a Comment