dia: tidak kali kedua, aku sudah tiada rasa
aku: tolong lah, hanya kali ni sahaja
dia: dulu aku rayu, kau buat tak tahu........
bodoh,
bebal,
dungu,
tolol,
sombong,
ego,
ya!
itu aku,
dirayu aku berjuta kali,
hingga mengalir air mata rayu,
dipujuk aku,
diberi definisi tentang kita,
aku tetap tidak peduli,
malah aku hanya diam diri,
aku kata jika jodoh suatu hari,
kita pasti bertemu lagi,
ahhhh!
bodoh!
dia rayu ikhlas hati,
aku tolak kerna sakit hati,
aku tokok tambah perisa lagi,
aku kata istikharah lah,
kerna aku bukan yang terbaik,
dungu!
kini aku pujuk kembali,
konon nya rindu aku pada cinta,
TERLAMBAT!!
kau tolol!
aku merayu menangis sekuat hati,
mahu hidup bersama kembali,
aku ditolak tepi,
dua bulan berlalu putus,
aku rindu gelak tawa mu,
tapi kau hanya mampu senyum dengan rayu ku,
tak setulus dan seikhlas rayu kau.
kini aku sedar,
aku bukan saja hilang kau,
aku hilang separa hati aku,
aku hilang waras aku.
jawapan yang kau beri memang menghambarkan aku,
hanya tuhan yang tahu bertapa aku mati
wahai sayang,
izinkan aku sekali lagi,
memeluk kuat hati kamu,
yang telah aku hancurkan.
jika peluang tiada lagi,
jaga lah diri,
jangan cari lelaki durjana seperti ini
cinta kita kini menjadi puing-puing
bertebangan di langit bebas
senyum lah,
lihat bulan bintang terang,
capai lah puing cinta kita
cabuh kan kenangan kita
kini aku hanya mampu jadi dabir,
karang kisah kita yang manis macam gula,
aku susun aksara untuk kita
selamat tinggal sayang.
norsyahira -syeraMyGirl-
No comments:
Post a Comment