Monday, September 16, 2013
Maaf
Now Playing: Ceritera-Bittersweet
aku
sudah ulang
berjuta kali
pada mereka
sekali lagi aku ulang
agar paham lebih
aku
manusia
tidak sempurna
penuh dengan cela
bisa paham?
jadi
aku mohon maaf
atas cela
atas semua cerita
aku manusia celaka
durjana
tapi
tidak semua
paham
niat sebenar
jujur
aku niat mahu satu
bukan aku mahu rampas
mahu patah sebelah sayap
kamu
aku mahu lihat
bahagia tercipta
kerna
itu sebab aku
beritahu
cerita
maaf
aku bukan sa-orang
kawan yang baik
aku pengganggu sahaja
aku pikir ini
semua seperti dalam mimpi
sekali lagi
sepuluh daktil ku susun rapi
mohon
dihapuskan dosa
dosa aku sama manusia
moga kita
biasa-biasa
seperti awal
pertemuan kita
maaf
ungkapan itu
aku ulang
ulang
ulang
tanpa
ada jemu
ikhlas
bukan sekadar
omong kosong
walau senang
diungkap
ianya susah
dilaungkan
empat perkataan
yang memberi seribu makna
kaca pecah
bisa cantum
jadi satu semula
walau biasnya
tidak sesempurna
dahulu
maaf
itu sahaja
dari aku
sang hina
yang berlagak sempurna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment