tatkala
manusia lain bergembira
aku masih disini
di takuk lama
masih dengan cela
nasihat
nasihat
dan
nasihat
aku
tetap sama
UBAH
aksara yang sering aku baca
aku mahu laksanakan
memang itu satu niat
tapi aku belum cukup kuat
aku tidak minta
jadi seteruk ini
aku tidak minta
jadi sehodoh ini
masa
saban hari
waktu makin dibuang
dengan perkara sia-sia
aku perlukan seorang
yang mampu
bimbing
sama seperti dia;
bimbing aku waktu dulu
aku
manusia per-sia masa
sa-orang yang hina
aku
doa pada tuhan
harap aku
dapat bertahan
dengan dunia
yang penuh ujian
aksara ini jadi saksi
janji aku pada sa-orang rakan
yang tak jemu mendengar
yang tak jemu menasihat
aku
hanya mampu karang
ini sahaja
bukan kata-kata pujangga

No comments:
Post a Comment