Sembilan bulan ibu kendong perut besar seperti ia mahu meletup. Makin cukup waktu ke sembilan bulan, ibu makin
sakit, makin letih. Sembilan Belas Hari
Bulan Satu Sembilan Belas Sembilan Puluh Empat, perut ibu kempis. Keluar sa-orang bayi dari perut ibu. Tersenyum
si ibu sambil mengesat peluh di dahi penat bertarung demi mengeluarkan sa-orang
anak. Si Ayah turut gembira dan memegang anak itu, kemudian mendekat-kan bibir
ke telinga anak itu. Lalu berkumandang azan. Anak itu terus menangis. Kalimah
Allah menjadi bunyi pertama yang didengar anak itu.
Kini, si anak itu sudah dewasa.
Makin banyak ragam dilihat. Ibu dan Ayah hanya mampu tersenyum
melayan kerenah si anak. Setiap hari, teguran dan nasihat diberi tanda
kasih dan sayang ibu ayah terhadap anak itu. Tetapi si anak, tidak
mengambil peduli, keras kan hati dan buat perkara tanpa fikir akibat pada diri.
Ibu dan Ayah makin letih melihat anak-nya yang makin hanyut dek dunia
yang penuh pancaroba. Si ibu kerap menyalah-kan diri kerna tidak mampu
mendidik anak seperti ibu-ibu lain. Si ayah membanding-bandingkan si anak
dengan anak-anak orang lain. Si anak tetap begitu. Tetap dengan
silap. Walau beribu kali jatuh ditarik semula oleh si Ibu dan Ayah, dia
tetap dengan dia tanpa mikir keluarga. Setiap hari, Ibu Ayah berdoa agar
tuhan berikan cahaya, buat si anak yang makin asyik dengan hal dunia. Apa
si anak itu mampu untuk menyejukkan hati orang tua-nya?
aku
lupa
akan mereka
yang sentiasa ada
bersama
susah dan senang
tiap waktu
walau menimbun
wang ringgit aku beri
tetap tidak akan balas
jasa mereka
aku tahu
mereka kecewa
sama aku
pelaku dosa
aku harap
mereka bisa
maafkan aku
si anak
yang;
selalu bikin
hati mereka
sayu
satu hari
aku harap;
dapat aku bangga-kan
mereka
dapat padamkan api di hati mereka
yang makin marak dicurah petrol
aku sayang mereka
nyawa bagi aku
No comments:
Post a Comment