Friday, September 6, 2013

Bicara Sama Perasaan

diam
bisu

celaka ahh!
perasaan?
apa semua ni?

aku-
mampu pandang
tidak bisa pegang

aku-
bukan sesiapa
mahu jadi sesiapa

cermin besar
jelas
depan muka
agar sedar--
aku siapa
dia siapa

jadi
aku pilih jalan

diam
senyap
tidak berkata
hanya pandang

satu hari
aku hilang

yang perasan?
mungkin tiada

aku--
ada dia
dia-
ada si DIA

masa?
mungkin bukan untuk aku
mungkin untuk dia

jadi aku rela
biar kau bahagia
dengan dia
yang dipuja

jadi
sekali lagi
aku terbang
keseorangan
biar patah sebelah sayap
aku mahu
membelah awan-awan
melihat gunung-ganang
pandangan
tidak lagi dari bawah ke atas
dari atas ke bawah

sedih
rabak rasa hati dihiris belati

redha
aku pasak dalam hati

aku berkecil hati
dengan apa yang tak mungkin aku kecapi
kini
sejarah berulang

padan muka
buat aku yang menyendiri
bunuh saja hati
agar tidak merasa lagi

malu
aku bukan aku
dia tetap dia

aku terlalu pandang
pandang yang memukau hati

malu mahu bicara,
tertolak itu pasti, 
cermin diri,
kenal diri,
berdoa pada ilahi
agar tidak tersalah pandang 
bikin aku buta hati 
tanpa 
pandang diri sendiri.

No comments:

Post a Comment