Now Playing: Stand Alone-Bob Marley

antara berjuta-juta pasir
aku
sebutir daripada
yang berjuta
bersaing
untuk tapak tempat
aku
lumpuh
cacat
cela
aku tidak mampu
sendirian berusaha
mencapai satu matlamat--
mahu duduk di atas
aku cuba
berusaha
jatuh
aku bangun
tapi tetap mampir di tanah
cemburu!
kawan-kawan lain di atas
menghirup udara segar
terlihat cahaya mentari
aku berterusan gelap
tanpa ada
sinaran mentari
tanpa ada
cahaya bulan
keseorangan di bawah
celaka!
terus-terusan kah aku begini?
ditololkan dan terus tolol?
masih berlegar
dalam minda
putik-putik perasaan
makin samar
lari atau kekal?
minda
dikawal emosi
hati bertindak sendiri
penamatnya
aku mati
berkecai hati
No comments:
Post a Comment